Kata aluan...

Doa Kebahagian

ربناءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
"Ya Allah Ya Tuhan ku...berilah kebahagian di dunia dan di akhirat serta jauhkan aku dari api neraka "

Sunday, May 10, 2009

Oh Ibu


Hari Ibu disambut dengan gembira
Rata-rata orang Melayu Islam menghayatinya
Pengorbanan suci ibu tidak terkira
Mengandung, menyusu dan membelai setiap masa

Anak kecil sebesar telapak tangan dimanja
Merangkak berjalan ibu mula ceria
Diajar bercakap-cakap dengan jaya
Tidur baring makan ibu entah ke mana

Hanya semata membesarkan anak tercinta
Bila dewasa ramai anak derhaka
Lupa mak bapak tamakkan dunia
Dek nipis ajaran agama dalam dada

Maka berlakulah pelbagai sengketa
Ibu membesarkan kita dilupa
Ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua
Jabatan Kebajikan Masyarakat kian sesak dengan warga tua

Rumah Seri Kenangan mereka menghabiskan usia
Menangis air mata bila mengenangkan suka duka mereka
Usia senja dihabiskan dengan resah gelisah berkelana
Anak dibelai manja dibalas dengan sengsara

Wahai pemuda pemudi budiman
Kembalikan lah ibu bapa mu hidup aman
Dari kecil bersusah payah hidup berteman
Bila dewasa lupa jasa dan pengorbanan


Bangkit menyayangi ibu bapa tanpa sempadan
Kasih mereka membawa ke syurga idaman
Berbaktilah kita sementara ada peluang dan jalan
Bila sudah tiada menyesal dihari kemudian

Hari ibu penuh makna
Bapa juga jangan dilupa
Ibu bapa payung kita
Tempat bermanja dikala lara duka dan ceria

Jadikan sambutan hari ibu disambut setiap hari
Pasti kita akan hidup aman bestari
Keluh kesah hilang dalam hidup jadi bererti
Pemangkin jatidiri muslim sejati

No comments:

Post a Comment