Kata aluan...

Doa Kebahagian

ربناءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
"Ya Allah Ya Tuhan ku...berilah kebahagian di dunia dan di akhirat serta jauhkan aku dari api neraka "

Monday, October 12, 2009

Realiti Fantasi

Perjalanan di teruskan lagi
Menuju kejayaan yang di cari
Mungkin berliku dan berduri
Resam hidup sunnah Ilahi

Realiti masa kini terjadi
Sunnahtullah alam turut memerhati
Manusia kian lari di alam fantasi
Menuju cahaya entah kian menyinari

Islam memandang realiti fantasi sekali
Cakap buat perlu diteliti
Demi Islam kita berjuang sampai mati
Belum tamat bila Konvo dilestari

Usaha tawakkal doa di hajati
Baru hidup aman diberkati
Allah sayang kita syukuri
Baru fantasi menjadi realiti

Monday, July 13, 2009

Apa yang kau cari

Perjalanan membuatkan ku terkenang
Masa muda remaja hidup penuh girang
Melihat sengketa jiwa nan terang
Akal budi jua yang terbayang


Bagaimana tidak jika bermasam
Bangun pagi semua mula direncam
Makan minum pakaian bukan semacam
Rutin harian membuatku hadam

Perancangan diteruskan demi masa depan
Melihat kejayaan dirancang mengikut plan
Masih tercari sebuah impian
Agar mudah di pertemukan

Semua orang boleh merancangn kehidupan
Tetapi jangan lupa kita hanya insan
Terlalu lemah jika tidak hidup berTUHAN
Meminta ampun agar segala perancangan diselesaikan

Dalam berusaha kita diuji
Ikhtiar tawakkal janganlah lari
Doa pun mestilah berkualiti
Barulah perancangan akan selari

Apa yang kau cari
Kita hamba harus mengerti
Jika perancangan kita selari
Dengan perancangan Ilahi

Pasti kan berjaya di sana nanti
Mencapai matlamat hakiki
Bersama kita menghayati
Carilah keredhaanNYA kedamaian abadi...

Tuesday, June 30, 2009

Ketawa

Bila gembira bermula ceria
Seakan dunia kita yang punya
Begitulah manusia
Sering kali tertanya

Mengapakah ia terjadi
Kesedihan menimpa diri
Perlukah kita untuk kembali
Kuatkan ukhuwah yang sejati

Bila bersama terasa indah
Bait kata sering dimadah
Tidak pernah sengketa marah
Oh indahnya ukhuwah fillah

Kemana saja berkelana
Beringatlah kita semua
Diciptakan manusia
Bertujuan menyembahNya

Wednesday, June 3, 2009

Aid Milad Sa'id


3 Jun 2009 pada hari ini
Genaplah usiaku 26 tahun kini
Erti hidup dan pengalaman terpatri
Terpahat kukuh disanubari

Rumahtangga dibina syukur Ilahi
Phd diteruskan di FPI menanti
Kajian Spiritual Islamiah nan suci
Kuatkan semangat kuatkan tekad dihati


Ingin berjaya perlu perancangan teliti
Usaha tawakkal mesti selari
Malas dan cuai rosakan diri
Sabar dan ikhtiar makanan rohani

Sekarang usia bertambah lagi
Mengenang amalan kurang menjadi
Berharap sangat dapat Taufik Ilahi
mengerjakan amalan ihklas berkualiti

Semoga usia bertambah amalan melimpahi
Kekuatan jasmani rohani intelak dan emosi
Bagi menujudkan kecerdasan hakiki
BerTUHAN kan Allah kenteraman abadi

Wednesday, May 27, 2009

pokok kehidupan

Alangkah indah menjadi pokok
Ia berbuah mekar dan rimbun berarak
Dahan yang kuat ranting berselerak
Saujana mata memandang terbeliak

Buah manis masam tiada gula dan cuka
Kadang ulat pun ada bukan dipinta
Air yang manis bukan disengaja
Kuasa Allah swt boleh belaka

Pokok berdiri kukuh biar taufan menggila
Berganjak tidak selalu setia sentiasa
Jatidiri pokok hebat dek akar pemankin utama
Mencengkam bumi kuat dengan hebatnya

Sepatutnya sebagai hamba cemerlang
Memiliki iman bak akar yang gemilang
Sentiasa sujud untuk solat bak batang
Amal ibadah lain bak dahan dan ranting

Manusia akan bernilai jika berakhlak terpuji
Disegani dihormati semua insani
Musuh kawan pun beralah sendiri
Jika akhlakmu terpancar sinar ISLAMI

Saturday, May 16, 2009

guru


Guru adalah ungkapan keramat dalam hidupku
Peranan dan jasa mereka kian terpatri dan jitu
Kan ku kenang dan doakan kalian bahagia selalu
Membina manusia Rabbani dan berilmu

Kalau dahulu guru dedikasi dan berilmu
Boleh merotan pelajar jika terdapat salah laku
Pelajar hormat dan diam membisu
Peringatan diberi dijadikan bekalan sepanjang waktu

Hari ini seumpama tidak berlaku
Guru mencubit pelajar jumpa mahkamah dulu
Hormat dan taat sudah kian berlalu
Guru tidak dihormati malah keretanya dipalu

Pelajar darjah 6 sekarang dah tunjuk belang
Guru bercakap dia buat mesyuarat di belakang
Nak tegur pun alang kepalang
Baik diam dari membayar saman melintang

Mari teman kawan dan taulan
Kita pelajar ingatkan kawan-kawan
Melawan guru bukan ajaran Quran
Rosak binasa ilmu tak berkat jadi pedoman

Wednesday, May 13, 2009

Piagam Perpaduan



Hijrah Nabi ke Madinah telah mengubah dunia
Masyarakat di satukan asas dasar TAQWA
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dengan jaya
Membina Masjid Quba pusat kawalan dakwah berjaya

Piagam Madinah perundangan bertulis pertama
Mengandungi peraturan adil saksama
Untuk Islam dan non-muslim dicipta
Membantuk masyarakat berbilang bangsa hidup ceria

13 Mei 1969 sejarah hitam negara
Pertumpahan darah berlaku sengkata
Pelbagai acuan dicipta mula bersuara
Akta dan undang-undang dibina

Mengapa tidak merujuk acuan Madinah
Islam mampu memerintah
Negara Madinah pelbagai bangsa hidup berhemah
Aman bahagian dengan bermadah

Dengan syarat Islam dipatuhi
Tidak perdujis dengan Islam sejati
Umat Islam wajib yakin mengimani
Islam penyelamat hidup harmoni

Mari kembali hayati Piagam Madinah yang suci
Acuan masyarakat berbilang bangsa harmoni
Baru kita menjadi bangsa dihormati
Payung negara mulia disana sini

Sunday, May 10, 2009

Oh Ibu


Hari Ibu disambut dengan gembira
Rata-rata orang Melayu Islam menghayatinya
Pengorbanan suci ibu tidak terkira
Mengandung, menyusu dan membelai setiap masa

Anak kecil sebesar telapak tangan dimanja
Merangkak berjalan ibu mula ceria
Diajar bercakap-cakap dengan jaya
Tidur baring makan ibu entah ke mana

Hanya semata membesarkan anak tercinta
Bila dewasa ramai anak derhaka
Lupa mak bapak tamakkan dunia
Dek nipis ajaran agama dalam dada

Maka berlakulah pelbagai sengketa
Ibu membesarkan kita dilupa
Ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua
Jabatan Kebajikan Masyarakat kian sesak dengan warga tua

Rumah Seri Kenangan mereka menghabiskan usia
Menangis air mata bila mengenangkan suka duka mereka
Usia senja dihabiskan dengan resah gelisah berkelana
Anak dibelai manja dibalas dengan sengsara

Wahai pemuda pemudi budiman
Kembalikan lah ibu bapa mu hidup aman
Dari kecil bersusah payah hidup berteman
Bila dewasa lupa jasa dan pengorbanan


Bangkit menyayangi ibu bapa tanpa sempadan
Kasih mereka membawa ke syurga idaman
Berbaktilah kita sementara ada peluang dan jalan
Bila sudah tiada menyesal dihari kemudian

Hari ibu penuh makna
Bapa juga jangan dilupa
Ibu bapa payung kita
Tempat bermanja dikala lara duka dan ceria

Jadikan sambutan hari ibu disambut setiap hari
Pasti kita akan hidup aman bestari
Keluh kesah hilang dalam hidup jadi bererti
Pemangkin jatidiri muslim sejati

Tuesday, May 5, 2009

kembara bermula


Detik 1 Mei 2009 menjadi sejarah
Hari buruh mula bermadah
Kalam di lafaz dengan indah
Masjid Bandar Baru Salak Tinggi yang megah

Ikatan lafaz ijab dan qobul tercipta
Sebagai tanda cinta dikota
Membina istana cinta keranaNya
Menjadi insan bertaqwa yang berjaya

Hari ini sudah 5 hari berlalu
Doa kepadaMu Allah yang satu
Kami hambaMu ingin mengadu
RedhaMu jua harapan dipalu

Mungkin kembara baru bermula
Bekal amalan jua ilmu berguna
Ya Allah Tuhan ku yang Esa
Bantulah Aku menjadi Hamba

Hamba yang taat dan Qonaah
Sering mengadu dikala duka lara dan mehnah
Juga saat gembira dan ceria sentiasa ramah
Kerana Insan kerdil ini hamba yang lemah

Ya Allah Tuhan ku
Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam RahmatMu
Menuju kembara suci itu

Wednesday, April 29, 2009

1Malaysia

1Malaysia suatu gagasan kemajuan
Indonesia mula menggunakan slogan
Kesatuan Indonesia dalam semua aspek perjalanan
Cina, India dan Melayu gunakan Bahasa Indonesian

Ia melihat bahawa Indonesia Satu
Tidak ada bangsa, budaya dan nilai melainkan satu
Keadilan untuk semua dan satu
Memperjuangkan kemerdekaan Indonesia bersatu

Kini 1Malaysia cuba diberi slogan baru
Semacam takut pun ada dan bercelaru
Takut Malayu tidak di kenal di mereta penjuru
Kerana yang kenal hanya Malaysia yang satu

Sejarah membuktikan berlaku
Negara Cina yang hebat bermutu
Berhijrah ke Malaysia orang Tiung Hua nan laju
Tidak dipanggil Tiung Hua tetapi di Kenal Orang Cina yang satu

1Malaysia perlu diteliti
Baik buruk kita akan tanggung nanti
Kerana yang indah hanya Islam sejati
slogan Islam untuk semua perlu dihayati

Bukan 1Malysia untuk semua bestari
Takut Islam kian pupus ditanah air sendiri
Mungkin kajian terperinci boleh ditambah lagi
Agar masa depan Islam di Malysia terang menerangi

Thursday, April 23, 2009

Puas Hati

Semua orang kata nak puas hati
Sampai bila pun tak pasti
Mungkin ingin melihat kembali
Kisah lama yang kian terpatri

Mengikut kata iri hati
Lama sangat pun masih mencari
Ke mana arah hendak meniti
Semua kerja nak makan hati

Sekali sekala mungkin pasti
Nak puaskan hati manusia ini
Ini tak boleh susah nak mengerti
Mungkin payah nak dihayati

Islam mengajar kita redha sekali
Ikut dan patuh ajaran Ilahi
Berusaha doa ikhtiar manusiawi
Hati tenang pasti puashati

Pepatah Arab mengatakan begini
"Man Jadd Wa Jadd" hari ini
Baru dapat tujuan insani
Memburu rahmat Tuhan yang di sayangi

Berbekal amal soleh puas hati
ramai yang mengeluh tak puas hati
Hati tenang pasti puas sekali
Dengan bacaan al-Quran, zikrullah ingat Ilahi...

Sunday, April 12, 2009

Remaja

Usia remaja amat menyeronokan kita
Remaja hanya sekali orang muda kata
Remaja tak perlu risau gelisah gundah bermasa muka
Ceria dengan permainan idola dan bebas sengketa

Kebanyakan remaja bebas merdeka
Tak perlu berfikir tentang apa sahaja
Namun Islam mengajar kita
Tentang hakikat remaja

Remaja berIman dan berTAQWA
Saidina Ali sebagai remaja
Memperjuangkan Islam tercinta
Mengangkat senjata membela bersama nabi kita

Nabi Allah Ismail sanggup berkorban nyawa
Dek mengikut arahan Sang Pencipta
Nabi Allah Daud membunuh Jalud di usia remaja
berperang membunuh pemimpin zalim durjana

Namun kita masyarakat maya
Masih bermain mercun gasing playgame semata
Padahal remaja aset negara bangsa
Membina masa depan cerah berjaya

Remaja berjaya perlu idealisme yang cerah
Perlu jatidiri remajalisme acuan al-Quran Sunnah
Menuntut Ilmu sebagai cahaya untuk bermadah
Menyebarkan Dakwah buat manusia sebagai ummah

Wednesday, April 1, 2009

Bersatu Menuju Kecemerlangan

Salam bicara ruang yang rendang
Mengingat kembali datangnya peluang
Manusia bestari kian girang
Melihat kejayaan nan akan datang

Kajayaan memerlukan semangat
Azam dan usaha mengeluarkan keringat
Waktu dan masa kian singkat
Mungkinkah dapat ia mendekat

Fomula bersatu Allah swt telah canang
Bersatu di bawah tali Allah Islam yang datang
Jangan bercerai Islam gemilang
Baru masalah dapat diterajang

Mungkin kasar bunyinya masalah rakyat
Pemimpin yang adil sangat memikat
Rakyat di bela dan diurus dengan selamat
Baru berkat dunia akhirat

Islam tidak mengira bangsa
Warna kulit jua tahta
Bertauhidkan Allah swt asas utama
disamping amal soleh bekalan dibawa

Iman dan TAQWA modal kecemerlangan
Panji Islam Agung bukan sembarangan
Islam dijunjung bersama amalan
Hidup dunia akhirat jua yang berkekalan

Sunday, March 15, 2009

Bangsa Bertamadun

Bangsa bertamadun igauan setiap generasi
Berkembang pesat teknologi terkini
Mengikut masa dan peredaran globalisasi
Acuan sendiri mahupun ikut Ilahi

Islam pernah mentadbir dua pertiga bumi
Membantuk tamadun unggul dunia ini
Bersumberkan Al-Quran Sunnah Ijtihad yang asli
Membantu manusia khalifah mengenal Ilahi

Tamdun Islam menggapai semua bangsa
Tak kira tua muda semua dibebaskan belaka
Dari syirik kekufuran kepada Pencipta
Membentuk Akhlak nan indah sejahtera

Tamadun Islam berasaskan fomula Quraniah
Aqidah syariah ibadah dan akhlak karimah
Mengabdikan diri sebagai hamba yang lemah
Baru hidup aman bahagia tidak kalah

Melayu kata tamadun kemakmuran peradaban bangsa
Inggeris pula civilization dari civitas iaitu kota
Istilah arab pula madani hadhara umran gabungan dua kata
Pembinaan tamadun kerohanian dan meterial sesuatu bangsa

Bangsa bertamadun ada nilai
Nilai insaniah sebagai hamba Allah swt mengabdikan diri
Nilai keilmuan sebagai cahaya hati
Nilai keimanan dan keTQAWAan kepada Ilahi

Nilai peraturan sebagai batasan diri
Nilai akhlak baik yang syumuli
Tamadun bermula dengan dirimu sendiri
Keluarga masyarakat negara akan harmoni



Tuesday, January 13, 2009

Hilang Sebuah Kedamaian

Impian manusia mencari bahagia
Hakikatnya sukar penuh duka
Mungkin punca hati nan leka
Tak ingin bersama sensara

Nun disana mengimbau
Anak kecil terpaksa dipukau
Angin dan api bermain serantau
Bom kereta kebal pun di santau

Palastin diterjah depan belakang
Israil mengganas bukan kepalang
Amerika membisu malah membilang
Hamas ganas padahal menang

Umat Islam di tindas tanpa kasihan
Ajaran yang Tinggi tidak dijadikan amalan
Maksiat besar kecil bertaburan
Macam mana nak dapat pertolongan TUHAN

Solehuddin al-Ayubi pahlawan gemilang
Memebebaskan Palastin merdeka cemerlang
Umar Abdul Aziz pun bukan calang orang
palastin di merdekakan agar kembali terbilang

Namun perlu dingat
Israil membisu bukan mengeliat
Bukan takut umat Islam kuat
Tapi kelemahan umat Islam hilang semangat

Nah sekarang siapa yang berjiwa besar menerpa
Ahmadinijad kata pemimpin Islam perlu serupa
Jika tidak tragedi berdarah malapetaka besar menimpa
kuatkan Jihad dalam posisi ummat agar tidak papa...

Monday, January 5, 2009

Semangat tahun baru

Tahun 2008 penuh cabaran dan dugaan
Meninggalkan seribu satu macam kenangan
Mungkin kegagalan dan kedukaan
Biarkan berlalu dengan kedamaian

Biarpun dapat pekerjaan di KPTM
Hadiri konvo dan sambung belajar di UKM
Adik dah kawin dan kakak bersuami dengan tentram
Aku bila lagi kawan sering bertanya semacam

Kita merancang Allah jua menentukan
Kita hamba perlu pasrah dengan ketentuan
Jangan Takabur dengan kelebihan
Biarpun pandai melangit jangan lupa daratan

Tahun 2009 penuh cabaran
Iman dan TAQWA jadi pakaian
Perisai ampuh untuk kehidupan
Aku sebagai insan bangkit berperanan

Sebagai pelajar nan Cemerlang
Sebagai pekerja nan Terbilang
Sebagai anak nan Gemilang
Sebagai manusia nan periang

Tanggungjawab bertambah lagi
Bila sudah jadi suami
Perlu kekuatan jasmani
Amal dan bakti bekalan diri

Aku sering bertanya
Adakah ini jalan Bahagia
Penuh liku ranjaunya
Cabaran 2009 dimulai perang Israil di GAZA

Mana jiwa muslim bak bersatu
Umat Islam Palastin dihina sebegitu
Mana Oo I See, Pi Bee Bee membisu
Sekadar melihat ia berlaku

Mungkin ia baru bermula
Islam bangkit di suatu masa
Pesan Nabi bawa khabar gembira
Syahid menang tujuan kita

Semangat tahun baru nan jitu
Baru 5 hari ia berlalu
bolehkan aku menghadapi cabaran itu
Persoalan yang kian membisu...

Tuesday, December 30, 2008

Wednesday, December 24, 2008

Memori Indah

Hari ini bila pelajar mendaftar pertama
Masuk IPTA/IPTS untuk membina nama
Bakal menjadi pimpinan ternama
Demi masa depan negara dan agama

Teringat aku akan suasana
Bumi bakarah Darul Quran tercinta
Belajar mengahafz al-Quran bersama-sama
Ingin menjadi manusia berjaya

Tiga tahun terasa indah
Bersama hayati Quran bermadah
Jerit payah untuk najah
Bukan mainan al-Quran bermegah

Bila sampai di bumi Jambi
Terasa kerdil untuk berbudi
Usuluddin dakwah pilihan hati
Kenangkan seruan nabi bestari

Bila kembali di tanah kelahiran
Sambung belajar Ijazah lanjutan
Disamping mengajar ilmu al-Quran
Darul Fuqaha Sg Merab menjadi tumpuan

Al-Hamdulillah berjaya ditawan
Segera disambung pelajaran lanjutan
Terkenang bila akan berteman
Ingin rasanya bekerja sambilan...

Salam perjuangan...

Tuesday, December 23, 2008

El-Ilm Nuur

Ilmu adalah cahaya kehidupan
Tanpa ilmu manusia ketinggalan
Meraba sini sana tanpa arah tujuan
Menyebabkan kita akan kecelaruan

Ramai orang berilmu
Macam-macam cara nak dapat ilmu
Dengar berita dicorong radio dan TV dapat ilmu
Baca buku pun dapat ilmu

Orang kata ilmu ada dua bahagian
Ilmu dunia penting untuk kehidupan
Ilmu akhirat jua yang berkekalan
Semua ilmu datang dari TUHAN

Ilmu yang berkat bukan kepalang
Semua orang terpaksa membilang
Kenapa berilmu amalan kurang
Manakah salah ilmu temberang

Orang berilmu pangkat diterima
Ustaz, ustazah, profesor, ulama
Cikgu Tadika Kemas, Guru Pasti, Guru agama
Semua mereka menerangi ilmu yang sama

Sunday, December 21, 2008

Penyelidik

Nun di sana kita melihat
Ramai manusia cuba mengingat
Berfikir mengkaji sebarang maklumat
Gedung ilmu menjadi keramat

Apa mungkin kita terlambat
Budaya ILMU yang bermaklumat
Jadi amalan yang sungguh memikat
Jika ingin merasa selamat

Ilmu penyuluh dunia akhirat
Berbekal TAQWA IMAN dan AMAL tererat
Budaya IQRA' penyelidik kuat terpahat
Mungkinkah kita akan mendapat

Jika bertanya pada diri
Mungkin jawapan menyenangkan hati
Jika tidak ubahlah diri
Bersama BUDAYA PENYELIDIKAN amalan murni.

Thursday, December 18, 2008

"Setiap yang berakhir pasti ia bermula dan setiap yang bermula belum pasti ia berakhir "

"Jalan kebenaran indah terbentang di depan mata mu para pejuang"

Sebuah harapan

Hidup bersama TUHAN
Mengingatkan kita akan kelemahan insan
Memerlukan sokongan dan bantuan
Menjadi sebuah harapan

Harapan yang tinggi bukan kepalang
Berbakti dan beramal dengan cemerlang
Bekal TAQWA dan IMAN dijulang
Menjadikan manusia yang terbilang

Nun disana menunggu
Bagi mereka yang beramal selalu
Tanpa segan dan silu
Membuka laluan ke situ

Tapi bagi mereka yang enggan
Untuk berbuat sebarang kebaikan
Sekadar menunggu panggalilan TUHAN
Akan dihina tanpa bantuan

Harapan kita sebagai insan
Mengharap simpati dari TUHAN
Memohon keberkatan dan harapan
Ingin menjadi manusia pilihan

Wednesday, December 17, 2008

Manis Sebiji Pelam

Bila bicara soal kemanisan
Manusia sering kali mengatakan kenikmatan
Ada jua yang mengatakan keseronokan
Bahkan mendatangkan seribu satu kenangan

Manis sebiji pelam
Mungkin tak sama dengan gurindam
Bila ditanya bila nak khadam
Seolah-olah masih terpendam

Sewaktu jari jemari mula bergerak
Bibir pun cuba berarak
Pelam yang manis cuba di agak
Bukan mainan untuk dibawak

Begitulah ironisnya hidup
Ada yang kata Buah pelam sedap
Avacador buat jus pun habis dilahap
Mungkinkan kita terlelap

Bila mengenangkan manusia
Memandang indah yang sementara
Hanya dilihat akan menjadi pelita
Yang gelap akan tetap dilupa

Sedangkan si manis gula
Banyak semut yang mati menderita
Tak kala leka dan mempersona
Akhirnya kita rugi menderita

Justeru manusia
Pelam yang manis semacam gula
Jangan diingat tidak bermakna
Mengingatkan kita kepada penCIPTA.

Halatuju manusia

Bilamana Kereta dicipta untuk ditunggangi
Kapalterbang untuk dinaiki,
Pelarahu layar untuk ditandingi
Jet Pejuang untuk dimegahi

Manusia mula mencari
Kemana identiti diri
semakin lama semakin berdiri
Halatuju yang hendak dikaburi

Halatuju adalah maksud sesuatu
Niat berbuat agar menjadi jitu
Berusaha agar sampai ke situ
Dengan tekad ingin menyatu

Tanpa halatuju manusia leka
Sering alpa dalam kehidupan fana
Juga menderita kerana halatujunya
Tak kurang juga yang gagal dalam hidupnya

Halatuju penting dan mustahak
Membentuk peribadi yang berakhlak
Manjadi diri maju bergerak
Agar setanding dan seirama bersemarak

Allah berfirman dalam KalamNya
Tidak diciptakan jin dan manusia
Melainkan untuk berIBADAH kepadaNya
Memperhambakan diri kepada penCIPTA

Justeru halatuju manusia
Matlamat nun jauh disana
Dalam mencari nafas cinta
BerKHIDMAT sebagai Khalifah yang saksama

Tuesday, December 16, 2008

Manusia Bijaksana

Kita manusia biasa,
Seringkali lupa dan leka
Akan kehidupan disana
Mungkinkah kita berjaya

Mengharungi cabaran dan halangan
Yang penuh dengan liku dan cabaran
Hanya IMAN sebagai bekalan
Insan BERJAYA menjadi hamba TUHAN

Namun kita manusia biasa
Ingin menjadi beijaksana
Tetapi lupa akan tradisi kita
Semakin berilmu semakin berbisa

Bukan semakin banyak ilmu mendada
Dunia ini milik PENCIPTA
Yang perlu diikut dan dikota
Agar di sana menjadi manusia berjaya

Manusia berjaya bukan kaya
Bukan jua yang suka berjenaka
Bukan jua yang bertahta
Cukup dengan IMAN dan TAQWA

Iman dan Taqwa pakaian kita
Sering dipromosi disini sana
Kita bekerja dapat pahala
bekalan amal diemudian sana..

Sinaran Mentari Pagi

Mentari pagi,
Seakan menggamit hati
Nelayan, Petani, jua penoroka jati
Memohon mencari keagungan Ilahi

Jika mentari pagi cerah
Hati mereka sering ceriah
mengharap rezki yang kian bertambah
agar anak istri sentiasa bermadah

Namun bila mana mentari bangkit dengan awan hitam
Hati mereka akan kelam
Mengharap agar sering bangkit menyulam
Agar kehidupan kembali tenteram

Nun disana
Kelihatan remaja bersuka ria
seakan-akan tidak pernah leka
Dengan dunia penuh pancaroba

Justeru anak muda
Mari kita bersama
Macari modal cinta
Berbekalkan iman dan TAQWA

Monday, December 15, 2008

masa itu berharga

Masa,
Allah banyk kali bersumpah dengan MASA
kerana masa manusia berjaya
kerana masa jua manusia gagal dan menderita

masa muda paling berharga
kekuatan dan keberanian semua empunya
nilai masa muda dapat dirasa bila sudah menjadi TUA

masa sehat juga tidak kurangnya
ramai yang leka dan lupa penCIPTA
bila sakit derita dirasa
baru sedar bahawa kita insan yang hina

Dikala kita sering menyalahkan masa
mana mungkin kita mampu berfiran terbuka
andai kita sering menangguh-nangguh
dalam segenap amalan dan perbuatan

Justeru, masa paling berharga
kita sebagai hamba
mesti bijak menguruskan masa
agar kita menjadi orang berjaya...

Erti Pengorbanan

KORBAN, terkorban, berkorban dikorbankan
dimanakah terletaknya umat ISLAM kini
kita sering mengatakan berkorbanlah
tetapi tidak pula mengatakan cara-caranya

Pengorbanan sangat dituntut dalam Islam
Islam amat menitikberatkan masyarakat agar berkorban
tetapi kita sering menyelahgunakan erti pengorbanan
dengan memaksudkan kepda pengorbanan yang sia-sia

hari ini ramai manusia yang berkorban
tetapi nilai korbannya sia-sia
tidak mendapat ape-ape nilai
bahkan mendapat letih dan penyesalan...

syukur

syukur pada Allah
Yang telah menjadikan
Manusia hidup dalam alam dunia
meniti kehidupan akhirat

dengan tujuan untuk beribadah
memimpin manusia mengenal TUHAN pencipta
bersama memakmurkan
dengan ADIL dan SAKSAMA

Kesempatan yang baik ini
marilah kita bersama-sama
mengahyun kaki dan tangan
menjadi manusia yang dikehendaki TUHAN..